Meja dan Almari Buku Antik



Meja yang berbentuk sangat unik dan disesuaikan dengan kabinet lama yang sangat menarik. Kabinet ini dahulunya digunakan sebagai kabinet menyimpan lauk bagi masyarakat Melayu lama. Kini ramai yang mencari dan membelinya sebagai menyimpan barang perhiasan ataupun almari buku. Yang menariknya apabila almari ini dapat disesuaikan terus dengan meja yang sama padan dan cantik. Sesuai juga digunakan untuk anak sekolah atau perhiasan.

hendak dijual pada harga RM 590.00

Set Meja Perbincangan Antik





Terdiri dari empat kerusi kayu lama. Kayu yang berat dan kukuh buatannya tanpa sebarang rosak. Berserta satu meja kukuh diperbuat dari kayu Meranti. Kaki meja yang sangat cantik ( anak panah ). Mempunyai 2 laci kiri dan kanan. ( tapi tiada - boleh ditutup sahaja lubang laci atau dibuat laci baru ). hendak dijual pada harga RM 690.00 sahaja.