Pintu Kayu Merbau
Pintu Dari Kayu Merbau ini adalah pintu lama. Panjang 7 kaki 5 inci dan lebar 1 kaki ½ inci. Ia dimiliki oleh sebuah keluarga Cina. Saya ingin menjualnya pada harga RM 290.00.
KIPAS ANTIK KDK 12 INCI
KIPAS ANTIK KDK 14 INCI
KIPAS ANTIK KDK 16 INCI
Katil Bertiang Super Duper Antik Tahun 20an ( Sudah Di Jual )
Katil Antik ini saya miliki dari sebuah rumah banglo berhampiran rumah gabenor Pulau Pinang. Saya membayangkan katil jenis ini akan saya miliki dari Rumah lama orang Melayu. Rupa-rupanya masyarakat Cina juga menyukai dan menggunakan katil jenis ini. ( orang melayu lama juga ada menggunakan Katil Baba & Nyonya ). Ia manjadikan satu silang budaya yang menarik di Malaysia. Struktur asas katil ini berada dalam keadaan yang masih kukuh dan saya tertarik dengan dindingnya ( grill ) yang coraknya seakan muka singa.. Dindingnya juga disusun seperti baby court , dimana grill/ dindang menutup head dan kaki katil serta menutup juga satu bahagian dari sisi tepi. Tiangnya kelambunya juga masih kukuh. Lantai bagi meletak tilam diperbuat dengan unik yang merupakan anyaman besi yang besilang-silang( Untuk lebih kuat saya cadangkan boleh ditambah besi dibawahnya ). Katil ini mempunyai roda dibawahnya. Katil ini perlu di cat semula untuk mendapatkan kekemasan. Saya percaya melalui perbincangan dengan cicit pemilik katil tersebut dan sedikit pengalaman, katil ini digunakan pada tahun 1920 an. Jadi ianya beusia lebih 80 tahun. Namun perhiasan spt bunga tembaga pada katil tersebut telah hilang dari simpanan mereka. Besi katil ini boleh dicerai-ceraikan . Oh satu lagi... Kalau biasa kita tengoh filem labu-labi ( P.Ramlee )- Katil di mana Ibrahim Pendek kena cekup oleh P.ramlee dan M.Zain saya fikir ada persamaan..
Piano Dari Kayu Jati ( Pearl River )
Kerusi Membaca Antik Jati - Sekitar Tahun 40an
Kerusi Membaca Antik Jati - Sekitar Tahun 40an merupakan kerusi yang mempunyai bentuk menarik dan sangat kukuh. Kusyennya boleh dibalut semula atau alternatifnya boleh diletak kain yang berenda menutupi kusyen lama kerusi antik tersebut. Sangat selesa dan rasa kukuh duduk di atas kerusi tersebut. Dijual dengan harga RM 180.00.
Sepasang Kerusi Jati Antik Sekitar Tahun 40an ( Sudah Dijual )
Bentuk jenis ini memang sukar di dapati. Kerana patern seperti ini hanya berdasarkan tempahan oleh pembeli.Tempat tangannnya yang melengkung dan corak dikaki kerusi serta keseluruhan kerusi yang unik menyerlahkan sifat antiknya. Ianya mungkin ditempah oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan atau pegawai Ingeris sekitar tahun 40 an. Tempat duduknya menggunakan anyaman rotan atau kusyen. Namun anyaman rotan tersebut telah putus dan perlu dianyam semula. Sepasang hendak dijual dengan harga RM RM 280.00
Sepasang Kerusi Jati (Kusyen)
Display Kabinet Jati Klasik
Subscribe to:
Posts (Atom)