Set Sofa Jati Antik ( Tahun 50-an) ( Sudah Di Jual )




Kerusi Antik Jati ini berusia sekitar 6o tahun. Saya perolehi dari seorang kenalan rapat yang menjual kepada saya. Kerusi ini mengingatkan saya kepada nostalgia drama-drama lama seperti drama P. Ramlee yang menggunakan kerusi-kerusi antik seperti ini. 4 kerusi ini membuatkan ia menjadi satu set yang sofa antik 50an yang lengkap. Saya ingin menjualnya kepada yang berminat pada harga RM 690.00. Tempat duduknya daripada rotan. 3 masih boleh digunakan. 1 perlu ditukar. Terdapat kedai menganyam rotan tersebut di Chulia Street dengan tangan ( sepasang suami isteri cina yang berumur dan sangat baik mengusahakan kedai tersebut ) pada harga sekitar RM 55 bagi satu rotan tempat duduk.( tidak perlu membawa kerusi, kerana lapik tempat duduk tersebut boleh dikeluarkan ) Kerusi ini perlu di touch up untuk mendapatkan kekemasan. Buatannya yang kukuh membuatkan ia masih utuh untuk digunakan.

No comments: