Pintu Kayu Merbau




Pintu Dari Kayu Merbau ini adalah pintu lama. Panjang 7 kaki 5 inci dan lebar 1 kaki ½ inci. Ia dimiliki oleh sebuah keluarga Cina. Saya ingin menjualnya pada harga RM 290.00.

KIPAS ANTIK KDK 12 INCI



Diperbuat dari besi sepenuhnya. Masih berfungsi sepenuhnya. Dijual dengan harga yang berpatutan, bagi barangan yang dicari-cari. Agak sukar cari kipas saiz kecil seperti ini. Berfungsi dengan baik. Hanya RM 260.00. Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.

KIPAS ANTIK KDK 14 INCI




Diperbuat dari besi sepenuhnya. Masih berfungsi dengan baik. Dijual dengan harga yang berpatutan, bagi barangan yang dicari-cari. Hanya RM 390.00. Speed dial guna pusing pada button bulat.

KIPAS ANTIK KDK 16 INCI



Diperbuat dari besi sepenuhnya. Masih berfungsi sepenuhnya. Masih Boleh pusing 180darjah.Dijual dengan harga yang berpatutan, bagi barangan yang dicari-cari. Dial Speed menggunakan system tolak. Berfungsi dengan baik. Hanya RM 490.00. Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.

Katil Bertiang Super Duper Antik Tahun 20an ( Sudah Di Jual )





Katil Antik ini saya miliki dari sebuah rumah banglo berhampiran rumah gabenor Pulau Pinang. Saya membayangkan katil  jenis ini akan saya miliki dari Rumah lama orang Melayu. Rupa-rupanya  masyarakat Cina juga menyukai dan menggunakan katil jenis ini. ( orang melayu lama  juga ada menggunakan Katil Baba & Nyonya ).  Ia manjadikan satu silang budaya yang menarik di Malaysia. Struktur asas katil ini berada dalam keadaan yang masih kukuh dan saya tertarik dengan dindingnya ( grill ) yang coraknya seakan muka singa.. Dindingnya juga disusun seperti baby court , dimana grill/ dindang menutup head dan kaki katil serta menutup juga satu bahagian dari sisi tepi. Tiangnya kelambunya juga masih kukuh. Lantai bagi meletak tilam diperbuat dengan unik yang merupakan anyaman besi yang besilang-silang( Untuk lebih kuat saya cadangkan boleh ditambah besi dibawahnya ). Katil ini mempunyai roda dibawahnya.  Katil ini perlu di cat semula untuk mendapatkan kekemasan. Saya percaya melalui perbincangan dengan cicit pemilik katil tersebut dan sedikit pengalaman, katil ini digunakan pada tahun 1920 an. Jadi ianya beusia lebih 80 tahun.  Namun perhiasan spt bunga tembaga pada katil tersebut  telah hilang dari simpanan mereka. Besi katil ini boleh dicerai-ceraikan . Oh satu lagi... Kalau biasa kita tengoh filem labu-labi ( P.Ramlee )- Katil di mana Ibrahim Pendek kena cekup oleh P.ramlee dan M.Zain saya fikir ada persamaan..

Piano Dari Kayu Jati ( Pearl River )








Piano ini diperbuat dari kayu jati sepenuhnya. Piano ini perlu diservis semuala. Saya ingin menjualnya pada harga cuma RM 890.00

Kerusi Membaca Antik Jati - Sekitar Tahun 40an




Kerusi Membaca Antik Jati - Sekitar Tahun 40an merupakan kerusi yang mempunyai bentuk menarik dan sangat kukuh. Kusyennya boleh dibalut semula atau alternatifnya boleh diletak kain yang berenda menutupi kusyen lama kerusi antik tersebut. Sangat selesa dan rasa kukuh duduk di atas kerusi tersebut. Dijual dengan harga RM 180.00.

Sepasang Kerusi Jati Antik Sekitar Tahun 40an ( Sudah Dijual )







Bentuk jenis ini memang sukar di dapati. Kerana patern seperti ini hanya berdasarkan tempahan oleh pembeli.Tempat tangannnya yang melengkung dan corak dikaki kerusi serta keseluruhan kerusi yang unik menyerlahkan sifat antiknya. Ianya mungkin ditempah oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan atau pegawai Ingeris sekitar tahun 40 an. Tempat duduknya menggunakan anyaman rotan atau kusyen. Namun anyaman rotan tersebut telah putus dan perlu dianyam semula. Sepasang hendak dijual dengan harga RM RM 280.00

Sepasang Kerusi Jati (Kusyen)










Sepasang Kerusi jati Kusyen Klasik. Kusyen dalam konsisi yang sangat baik dan berkualiti. Dijual dengan harga hanya RM 190.00 bagi sepasang kerusi jati.

Display Kabinet Jati Klasik



Asal merupakan Dressing Table. Namun sudah diubahsuai cerminnya tidak digunakan lagi dan dijadikan Display Kabinet Jati. Dijual pada harga RM 290.00

Almari Baju Jati 60an




Merupakan Almari Jati 2 pintu Tahun 60an. Saya ingin menjualnya pada harga cuma RM 390.00 sahaja.