Pintu Kayu Merbau




Pintu Dari Kayu Merbau ini adalah pintu lama. Panjang 7 kaki 5 inci dan lebar 1 kaki ½ inci. Ia dimiliki oleh sebuah keluarga Cina. Saya ingin menjualnya pada harga RM 290.00.

KIPAS ANTIK KDK 12 INCI



Diperbuat dari besi sepenuhnya. Masih berfungsi sepenuhnya. Dijual dengan harga yang berpatutan, bagi barangan yang dicari-cari. Agak sukar cari kipas saiz kecil seperti ini. Berfungsi dengan baik. Hanya RM 260.00. Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.

KIPAS ANTIK KDK 14 INCI




Diperbuat dari besi sepenuhnya. Masih berfungsi dengan baik. Dijual dengan harga yang berpatutan, bagi barangan yang dicari-cari. Hanya RM 390.00. Speed dial guna pusing pada button bulat.

KIPAS ANTIK KDK 16 INCI



Diperbuat dari besi sepenuhnya. Masih berfungsi sepenuhnya. Masih Boleh pusing 180darjah.Dijual dengan harga yang berpatutan, bagi barangan yang dicari-cari. Dial Speed menggunakan system tolak. Berfungsi dengan baik. Hanya RM 490.00. Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.

Katil Bertiang Super Duper Antik Tahun 20an ( Sudah Di Jual )





Katil Antik ini saya miliki dari sebuah rumah banglo berhampiran rumah gabenor Pulau Pinang. Saya membayangkan katil  jenis ini akan saya miliki dari Rumah lama orang Melayu. Rupa-rupanya  masyarakat Cina juga menyukai dan menggunakan katil jenis ini. ( orang melayu lama  juga ada menggunakan Katil Baba & Nyonya ).  Ia manjadikan satu silang budaya yang menarik di Malaysia. Struktur asas katil ini berada dalam keadaan yang masih kukuh dan saya tertarik dengan dindingnya ( grill ) yang coraknya seakan muka singa.. Dindingnya juga disusun seperti baby court , dimana grill/ dindang menutup head dan kaki katil serta menutup juga satu bahagian dari sisi tepi. Tiangnya kelambunya juga masih kukuh. Lantai bagi meletak tilam diperbuat dengan unik yang merupakan anyaman besi yang besilang-silang( Untuk lebih kuat saya cadangkan boleh ditambah besi dibawahnya ). Katil ini mempunyai roda dibawahnya.  Katil ini perlu di cat semula untuk mendapatkan kekemasan. Saya percaya melalui perbincangan dengan cicit pemilik katil tersebut dan sedikit pengalaman, katil ini digunakan pada tahun 1920 an. Jadi ianya beusia lebih 80 tahun.  Namun perhiasan spt bunga tembaga pada katil tersebut  telah hilang dari simpanan mereka. Besi katil ini boleh dicerai-ceraikan . Oh satu lagi... Kalau biasa kita tengoh filem labu-labi ( P.Ramlee )- Katil di mana Ibrahim Pendek kena cekup oleh P.ramlee dan M.Zain saya fikir ada persamaan..

Piano Dari Kayu Jati ( Pearl River )








Piano ini diperbuat dari kayu jati sepenuhnya. Piano ini perlu diservis semuala. Saya ingin menjualnya pada harga cuma RM 890.00

Kerusi Membaca Antik Jati - Sekitar Tahun 40an




Kerusi Membaca Antik Jati - Sekitar Tahun 40an merupakan kerusi yang mempunyai bentuk menarik dan sangat kukuh. Kusyennya boleh dibalut semula atau alternatifnya boleh diletak kain yang berenda menutupi kusyen lama kerusi antik tersebut. Sangat selesa dan rasa kukuh duduk di atas kerusi tersebut. Dijual dengan harga RM 180.00.

Sepasang Kerusi Jati Antik Sekitar Tahun 40an ( Sudah Dijual )







Bentuk jenis ini memang sukar di dapati. Kerana patern seperti ini hanya berdasarkan tempahan oleh pembeli.Tempat tangannnya yang melengkung dan corak dikaki kerusi serta keseluruhan kerusi yang unik menyerlahkan sifat antiknya. Ianya mungkin ditempah oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan atau pegawai Ingeris sekitar tahun 40 an. Tempat duduknya menggunakan anyaman rotan atau kusyen. Namun anyaman rotan tersebut telah putus dan perlu dianyam semula. Sepasang hendak dijual dengan harga RM RM 280.00

Sepasang Kerusi Jati (Kusyen)










Sepasang Kerusi jati Kusyen Klasik. Kusyen dalam konsisi yang sangat baik dan berkualiti. Dijual dengan harga hanya RM 190.00 bagi sepasang kerusi jati.

Display Kabinet Jati Klasik



Asal merupakan Dressing Table. Namun sudah diubahsuai cerminnya tidak digunakan lagi dan dijadikan Display Kabinet Jati. Dijual pada harga RM 290.00

Almari Baju Jati 60an




Merupakan Almari Jati 2 pintu Tahun 60an. Saya ingin menjualnya pada harga cuma RM 390.00 sahaja.

Katil Antik Double & Single








Katil Antik Double. Kayu Jati. Body besi. Sangat unik.Katil ini sesuai digunakan dengan tilam kekabu dan tidak perlu tilam spring. Jaringnya bentuk rantai dan mempunyai coil spring. Katil ini dari England dalam tahun 50an. Harga RM 490.00

Saya juga mempunyai katil yang serupa. Pasangannya tapi single Harga RM 390.00

Cermin Mekap jati Antik 50an







Cermin Mekap jati Antik 50an mempunyai bentuk melengkung yang menarik. Berserta Cermin kembar 3 yang tradisional bentuknya. Panjang 3 kaki 9 ¾ inci ,. Lebar 1 kaki 8 inci. Tinggi 5 kaki 8 ¼ inci. Saya ingin menjualnya pada harga RM 570.00

Jam Dinding Antik



Jam Dinding Antik. Menggunakan kunci untuk berfungsi. Masih berfungsi dengan baik. Akan berbunyi sekali setiap setengah jam dan berbunyi setiap jam mengikut waktu semasa.

Di Jual pada harga RM 490.00

Cermin Mekap Antik Jati 50an



Kebanggan saya apabila memiliki Cermin Mekap Jati Antik sekitar tahun 50an ini. Kaca cerminnya yang boleh Flip dan amat menarik. Dua ruang sisi berbentuk 3 segi . Dua ruang bawah bentuk 4 segi.Barangan yang lebih dari 50 tahun ini. Cermin Mekap Jati Antik Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.Saya ing in menjualnya kepada mereka yang berminat dengan harga RM 660.00.

Cermin Mekap & Kabinet Antik Meranti



Cermin Mekap & Kabinet lama yang berfungsi sebagai cermin mekap dan almari menyimpan barang disebelah kanan dan bahagian bawah. Saiz almari yang kecil yang susah dicari. Barangan yang cantik dan kelihatan comel. Barangan yang dicari-cari. Dijual dengan harga RM 370.00. Barangan perlu di touch up untuk kekemasan produk.

Set Sofa Jati Antik ( Tahun 50-an) ( Sudah Di Jual )




Kerusi Antik Jati ini berusia sekitar 6o tahun. Saya perolehi dari seorang kenalan rapat yang menjual kepada saya. Kerusi ini mengingatkan saya kepada nostalgia drama-drama lama seperti drama P. Ramlee yang menggunakan kerusi-kerusi antik seperti ini. 4 kerusi ini membuatkan ia menjadi satu set yang sofa antik 50an yang lengkap. Saya ingin menjualnya kepada yang berminat pada harga RM 690.00. Tempat duduknya daripada rotan. 3 masih boleh digunakan. 1 perlu ditukar. Terdapat kedai menganyam rotan tersebut di Chulia Street dengan tangan ( sepasang suami isteri cina yang berumur dan sangat baik mengusahakan kedai tersebut ) pada harga sekitar RM 55 bagi satu rotan tempat duduk.( tidak perlu membawa kerusi, kerana lapik tempat duduk tersebut boleh dikeluarkan ) Kerusi ini perlu di touch up untuk mendapatkan kekemasan. Buatannya yang kukuh membuatkan ia masih utuh untuk digunakan.

Katil Besi Antil ( Philips Bedsteds) - Panjang 6kaki, Lebar 2.11 kaki


Katil Besi Antik ( Philips Bedsteds)

Katil Besi Antik@lama.
Panjang 6 kaki dan Lebar 2.11 kaki.
Masih kukuh dan boleh digunakan sepenuhnya. Tidak Terdapat Di Dalam Pasaran Semasa. Barangan Yang Di Cari-Cari Dgn Harga Yang Amat Berpatutan. Sebuah dijual RM 220.00. Katil Antik@lama Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.

Kabinet Meranti Besar ( Solid Wood) ( Sudah Di Jual )


Kabinet Meranti Besar ( Solid Wood)

Kabinet Meranti lama yang mempunyai cermin besar. Mempunyai 4 laci besar. Panjang Kabinett 3.9 kaki, Lebar 1.5 kaki dan Panjang sekitar 4 kaki. Tidak Terdapat Di Dalam Pasaran Semasa. Barangan Yang Di Cari-Cari Dgn Harga Yang Amat Berpatutan. Di jual RM 290.00. Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.

Kabinet Meranti ( Solid Wood) ( Sudah dijual )



Kabinet Meranti lama. Panjang 2.9 kaki, Lebar 1.5 kaki dan Tinggi 3.4 kaki. Mempunyai ruang pintu kaca.

Tidak Terdapat Di Dalam Pasaran Semasa. Barangan Yang Di Cari-Cari Dgn Harga Yang Amat Berpatutan. Di jual RM 190.00. Perlu di Touch Up untuk Mendapatkan Kekemasan Produk.